Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
26hb Disember 2010 BBQ Nisa' Pasir Gudang melabuhkan tirai penutup program Nisa' Pasir Gudang. Alhamdulillah semua program berjalan dengan lancar. Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang tahun ini. Moga segalanya dinilai Allah sebagai amal soleh.  Moga Allah terus berikan kekuatan dan pertolongan untuk kami terus menyebarkan agama suci ini ini dengan apa jua cara.


Santai bersama Nisa' Pasir Gudang @ Taman Scientex.

 
Nisa' PG team bertungkus lumus meyediakan makanan kpd tetamu

Menanti ketibaan para tetamu


Jemputan sabar menanti majlis dimulakan    

Penasihat Nisa' menyampaikan tazkirah sbg pembuka majlis

Enaknya !! Alhamdulillah peserta dapat menjamu selera dengan puas..

Jagung bakar tu dik !! Ambillah berapa pun...hari ni  khusus untuk makan-makan..

Menu utama ; nasi jagung , nasi  putih pun ada.. ayam bakar, otak-otak, udang fuhhhhh!!

Seronok dapat menjamu selera bersama. Tanda TERIMA KASIH Nisa' kepada anda semua atas sokongan..



Terpancar kepuasan dapat menjamu peserta makan. Walau pun letih, masih mampu tersenyum lagi



Antara menu tambahan... yummy yummy!!

Pengenalan Nisa'... bunting disediakan sebagai langkah memperkenalkan Nisa'


Sambil makan..sambil mendengar celoteh dari UPK memberi sedikit info tentang wanita


Cenderahati bagi peseerta yang berjaya menjawab soalan KUIZ tentang NISA'

Sporting !! Ramai adik-adik teruja menjawab soalan Kuiz yang diutarakan oleh team Nisa'

Berapa ye unit-unit Nisa' ?? Ye, Betul ! Ada lima unit dalam Nisa'

Adik ni pun berjaya juga menjawab soalan... 

Moga Nisa' berada di hati mereka... 

Best nye ..dapat bookmark ekslusif dari Nisa'


Kami nak join Nisa' ye....

Alhamdulillah..setelah berakhir perjumpaan santai bersama peserta, we all pulak gathering ... cherish the moment. 

BBQ NISA' melabuhkan tirai dengan penghargaan kepada semua yang pernah terlibat dengan Nisa' secara langsung dan tidak langsung. Bagi adik-adik yang nak tahu aktiviti Nisa' terkini, boleh terus menjadi ahli Nisa'. Daftarkan diri adik-adik dengan memberi maklumat diri melalui email : nisapg@gmail.com atau di shoutbox sebelah kanan blog OK.

Hope to see you again. With lots of LOVE from all of us Nisa' Pasir Gudang

SMART SOLAT

24 & 25 Dis 2010
tempat : surau beringin, Taman Rinting.
Pengisian 

  • ice breaking
  • kuliah subuh-the power of solat
  • motivasi solat- apa yang anda perlu tahu tentang solat?-ust hisyamuddin
  • motivasi i -INSAF
  • parenting skill - keluargaku ITULAH syurgaku
  • Penutup.
Alhamdulillah... telah berakhir kem solat dengan jayanya. Anak-anak dan ibu bapa berkumpul bersama menimba setitis ilmu yang dikongsi bersama INSAFF. Terima kasih kepada HELWA dan AJK Surau Beringin yang bersama-sama Nisa' ,menganjurkan Kem Solat untuk anak-anak ini...sehingga berjumpa lagi.




Nisa' Pasir Gudang sebagai fasilitator

Wajah-wajah yang dahagakan ilmu

Riang dan ceria menantikan masa untuk mengisi ilmu di dada

Sesi pertama; Ice breaking

Masih bersemangat lagi walaupun dah pukul 11 malam. Esok pagi nak bangun qiamullail pukul 4 pagi ya


Kami dah bersedia ya Akhi Fiedaus,,,,INSAFF sebagai moderator mengendalikan KEM SMART SOLAT


Khusyuk meneguk ilmu


Nak check solat. Betul ke cara solat adik-adik ni?


Fokus! Sebahagian dari peserta perempuan yang hadir bersama


Siapa yang solat Subuh berjemaah pagi tadi? Saya !




MESRA .. Sesi urutan menghilangkan ngantuk. Ala-ala SPA gitu...


Suap-menyuap mengeratkan silaturrahim. Friends is the BEST gift rom Allah to us. Moga terus berukuwwah hingga ke akhir hayat.


Rapatkan Saff.


Kemesraan mereka mencuit hati kami


Latihan Dalam Kumpulan dikendalikan oleh para fasilitator


Test...siapa yang amalkan doa selepas berwudhuk ??




Sesi bergambar mengakhiri acara program pada hari itu.


Moga berjumpa lagi di lain program anjuran Nisa' Pasir Gudang. Singgah-singgah lah ye ke blog kami untuk dapatkan aktiviti terkini tentang Nisa'. Beramallah dengan segala ilmu yang telah adik-adik timba. Doa kami moga adik-adik menjadi insan yang cemerlang di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Salam sayang dari Nisa' Pasir Gudang






Promise Can't Be Broken ...


It's FREE !!!


Sebagaimana yang telah dijanjikan... Nisa' PG berbesar hati mengajak girls & ladies out there datang ke BBQ Nisa' PG.


Kita menjamu selera dgn makanan yang panas2 !! Fuh...mmg sedap la. Ajak la seramai mana pun kawan2 atau sedara mara as long as kaum HAWA.


Menu yg BEST sahaja akan disediakan hari tu...adik2 juga berpeluang bakar sniri makanan kegemaran adik2 tu.. Ok???






Maklumkan kami kehadiran adik2 ke BBQ Nisa' PG dengan cara :

Taipkan ' Yes BBQ Nisa ' ke 012 - 7244792
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...