Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
Share info dari rakan blogger Yan


Kalau nak makan ... kena tahu juga status halal. Makanan yang kita jamah tu akan jadi darah dan daging. 


Restoran fofular yang dapat sijil sah HALAL dari JAKIM



  • Mc Donald
  • A & W
  • Secret Recipe

Restoran yang ditarik balik sijil HALAL

  • Victoria station
  • Kam Lun Ta
  • Lotus Family 

Restoran yang TAK PERNAH dapat sijil HALAL

  • San Francisco Steak House
  • Chicken Rice Shop
  • Kiwi Express


P/S :Jangan susah hati...banyak lagi kedai makan yang ada. Kalau takde juge balik masak kat umah :P



Benci la !!!
"Perangai dia memang menyakit kan hati. Tak tahu malu pulak tu. Dah buat salah pun macam orang tak bersalah! Apasal perangai macam tu "....rungut Tina.

Tak pe sabar...nanti dia sedar tu. Tak baik benci2 orang.
Jangan dilayankan sangat perasaan tu. Sabar....pujuk hati kecil Tina.

~ Sampai bila kita nak terus sabar. Tak boleh ke ada rasa benci.
Motivasi pagi bersama Dr. Azhar pagi ni ....


  • Biarkan rasa benci itu jangan menidakkan ia. Tapi LAYANkan kebencian kita itu dengan Allah. Allah punyai 100% positif....berikan perasaan negatif kita tu kepadaNya supaya akan dipositifkan semula. Faham tak? Maksudnya berdoa dan luahkan pada Allah
  • Ya Allah aku benci dengan si fulan ini..aku benci dengan sikapnya yang suka berpura2 di depan ku. Aku benci dengan tingkah lakunya yang menyakitkan hati, Aku benci padanya Ya Allah. Benci dengan hipokrit dia. Dia bohong aku hidup2. Kenapa selama ini aku percayakan dia.... kenapa baru sekarang aku tahu begini sikapnya. Aku benci pada dia Ya Allah .. Engkau tolong aku ini Ya Allah...
Adu lah kepadaNya...maka akan ditukarkan rasa Benci itu kepada rasa Kasih. Akan ditukarkan rasa geram kepada simpati. Jangan sorokkan rasa hati tu.  Kembalikan padaNya agar dapat Dia rawat luka hati kita itu.

Jika kita terus memujuk hati bersabar dan tidak meluahkan maka akan terpendam jauh disana menjadi dendam.

Masalah itu penawar hati. Setelah kita adukan kepada Dia maka masalah itu akan menjadi manis semula. Kadang2 apa yang kita rasakan pahit rupanya ubat untuk kita. Yang selama ini manis kadang2 pula mendatangkan mudarat.

Jom rawat hati kita dengan banyak mengadu kepada Allah , Rabb yang dekat dihati kita.

P/S : mengadu lah sampai boleh menangis..pasti hati kita akan tenang selepas itu.
Pepatah tu amat la sesuai untuk orang


  • bangun tido malassss...pukul 10 dok bergolek lagi
  • sarapan pun malasssss....kalau boleh macam nak suruh org kunyah pastu telan je
  • nak pegi keje....lagi laaaaa malasssss

  • dah kat tempat keje.....tak buat keje yang tau berFB cerita sana sini kerje tak siap belum kul 10 klua makan .... sambung balik ngadap komputer ...kutuk2 lom kul 12 dah klua utk tengahari....
      solat jangan cerita la....asyik nak ngelatttt je. Yang pompuan memanjang period.... lelaki ?? ntah hape2 alasan.


  • Ada ke manusia gini kat bumi ni ??????
orang cenggini la yang di katakan hidup segan tapi cube ko tanya dia pasal mati.... ishhhhh mati, aku ni muda lagi.

Tak tau ke muda tu bukan la tiket nak hidup senang lenang .... bermalas-malasan. 

Ape ni pepagi dah emo?? 
Oh hati, tenang lahhh... tengah geram ni GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Tajuk tidur????

lain cerite tak de ke?? Huh!!

Oittt... ni nak cerita tidur yang boleh kaut untung OK !

.

..

...

.........


 "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Tidur tengahari tu bukan tidur yang lama ok...qailulah ( tidur yang sedikit di tengahari ).


  •  Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'
  •  
  • David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

  •  Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)


Bukan soh tidur sampai meleleh air liur...cukup sekadar merehatkan badan.


Kajian itu dibuat oleh manusia yang bukan sempurna.

Manusia yang sempurna awal2 lagi mempratikkan qailulah ( tidur sebentar ) omputih kata nap...
sape lagi kalau bukan kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W

Islam awal2 lagi menganjurkan tidur sekejap ni agar dapat kesegaran tubuh dan mampu untuk bertahajud di malam nanti.



Kata Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya' :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."




P/S : jom kita tidur :D





Apa yang perlu korang ( yang berminat ) ni kena buat ???
  1. Pastikan blog korang ringan !    ~SIAP
  2. Tiada widget widget yang memberatkan loading !    ~SIAP
  3. Warna template yang tidak membutakan anak mata     ~ INSYAALLAH TAK BUTA MATA KAT BLOG NI...hikhik
  4. Lagu ? Sendiri mau pk   ~SUNYI DAN AMAN
  5. Dan apa apa saja yang korang rasa tidak menyusahkan rakan blogger untuk singgah seperti font ,color  dan sebagainya ..       ~TAK MENYUSAHKAN MALAH MENENANGKAN

    WALLLAWEHHH

    ~ JEMPUT LA KOMEN DENGAN PENUH KEIKHLASAN ~



K.a.w.e.n

.
.
.
.
.
.
.

Ramai tersengih sebut pasal kawen.
Seronok je kalau cerita pasal kawen ni
 Ada yang merasa lega kerana dah ada tolong gosok baju
Ada yang terasa lega kerana balik rumah boleh terus ngaapppp
ada yang terasa bahagia pergi kerja di hantar dan di ambil
Ada yang terasa seronok boleh jalan berpimpinan tangan
Ada juga yang seronok masa shopping ada yang tolong galaskan beg tangan ??? ( ade ? )


tapi hakikatnya dalam perkahwinan banyak dugaan yang perlu ditempuhi
Banyak tanggung jawab yang perlu dipikul
Banyak pengorbanan yang perlu dirasai
Banyak tekanan kepada perasaan
Banyak ... banyak dan banyak

Paling PENTING soalan yang ALLAH akan tanya tentang
tanggungjawab kita kepada isteri/suami
apa yang kita dah lakukan kepada anak2 ... cukupkah didikan agama
cukupkah kasih sayang
cukupkah keperluan

dan
hasilnya nanti akan dibentangkan di ketika sesi soal jawab 
di padang masyhar

Renungkan...
apakah kita telah mendidik pasangan agar sentiasa taat kepada Allah
bagaimana anak2 yang telah diamanahkan?
Bagaimana pula kedua ibu bapa kita dan mertua?
Adik kakak serta ipar ?

Jangan kata tak nak kahwin sebab 
pahala orang yang berkahwin berganda2
pahala orang yang mengandung ( ikatan sah ) banyaknya tak terhingga
Anak2 yang kita didik umpama pelaburan yang amat menguntungkan jika kena gaya

tapi 
sandarkan perkahwinan hanya untuk 
cari 
Redho Allah Tuhan Yang Esa.


~ Kali ni nak join bloglist blogger ni pulak SINI

~aMAtlah MudaH nye...

~ Nisa' dalam bahasa arab maksudnye PEREMPUAN : budak botak, saye pompuan yee

Senang je. sape nak join meh same2 eh..
Tak sesia singgah lepak kat blog orang fofular

Boleh la tumpang fofular gekkkk

Terima kasih banyak kepada FOLLOWER baru yang singgah dari blog Bro BEN

Moga persahabatan ini akan terus berkekalan dan sama2 mendapat manfaat...


Terima lah tanda hati ini dari ku untuk mu






Cara nak join .. mudah jer ...
  1. Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) ..       DONE 

  2. tajuk :  GEGAR BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini  ..   DONE

  3. Kemudian , bagitau kenapa korang pilih gambar tu .. dan pastikan ada link ke entri itu .. ok ?
    ~Gambar tu dipilih sebab nak orang lain alert tentang tatoo yang dipandang ringan dan paliiinnngg nak orang lain lebih alert tentang bersalaman dengan bukan muhrim . Jangan sekali2 aaaaa...
    OK bRO ... Link kat SINI !

  4. Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..
    ~ Nisa' PG terjun ke dunia blog untuk sama2 berkongsi cerita bersama remaja , reTUA selain menyambung selaturrahim bersama bloggers yang lain yang wujud di maya ini.~

  5. Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari..


Adakah kebiasaan orang drive tanggalkan kasut?
Agak2 ramai tak orang macam tu? Setakat yang Nisa' PG tahu... ramai juga orang drive tak pakai kasut.
Walau pun semasa ujian memandu kita diMESTIkan pakai kasut bukan selipar atau but atau lain-lain.

Tapi bila dah pass je  exam..ha! bawa kereta tak pakai kasut amatlah selesa bagi sesetengah orang.
Tapi ko jangan tak tau ada buruknya...

Apa?????

.

..

...


....


.....



......


.......








Haaa!!! Dah nak cepat sangat....sekali nak naik kereta TERtinggal kasut kat luar.

Dah bawa kereta pun tak beralas..so buat dhekkkkk je. Sekali nak turun dari kereta

ALAMAK !!!! Mana kasut ni ????


P/S : Buat lah spare satu kat dalam bonet yeee.......



Shoot for the moon..even u are miss, u will be among the stars

Target kena tinggi...usaha kena lebih
Kalau target rendah...biasanya apa yang kita dapat lagi rendah

Kalau target tinggi kalau tek tercapai pun at least kita tak la dapat markah sememeh kann

Kepada adik2 yang sedang menghadapi peperiksaan penggal...
Usaha sehabis daya, penggal pertama ni akan terus memberi semangat untuk terus cemerlang.
Jika pembukaan kita cemerlang...semangat kita terus berkobar2 untuk kekalkan kecemerlangan

Jangan meniru..sebab tak kan berkat ilmu tu. Biar berjaya dengan bermaruah OK

So PULUN adik PULUN....





Nak tak baca kalau entry pasal kedai makan???
Bukan menu2 kat kedai makan....bukan juga resepi2 yang sedap ala CMG di Tiffinbiru ...
cerita tentang ..... S.I.K.A.P kalau orang London (sebut dgn gaya sebutan baku) panggil A.T.T.I.T.U.D.E

Di pagi yang segar hari ni...Nisa' pekena roti canai kat satu kedai makan sekitar Masai ni.... 
first time datang kedai ni....dah banyak kali dah lalu lalang tapi malas sangat nak singgah sebab orang dah macam sardin....pack sungguh. TAPi ntah kenapa pagi tadi nakjuga masuk kat kedai tu walaupun ramai .
Dengan semerbak bau kuah dal dan sambal bilis....aroma roti yang dibakar memenuhi segenap ruang kedai tersebut. Masuk2 je dalam tu..wah!! penuh tu meja. TAPI...ada tapi orang2 yang sedang makan , cara makannya memang pergi untuk makan bukan bersantai2. baru 2 minit berdiri dah ada meja kosong. Orang yang kosongkan meja tu...dah habis makan, terus minum tanpa berborak2...habis minum terus bangun. Hebat?? apa yang hebat...terus kan membaca

Lalu Nisa' terus duduk...baru duduk 1.5 minit terus datang pelayan walaupun orang ramai...dgn cepat dia datang....saya pun dgn cepat meng'order' lalu dia pun dengan cepat berlalu. Pergerakan dalam kedai tu amat cepat. Sedang saya memerhatikan sekeliling orang yang datang dan pergi .... seorang lelaki berbadan agak besar dengan cepat mengangkat cawan, pinggan di meja sebelah..+ dengan muka manis. Lalu mempelawa pelanggan seterusnya duduk. Pelanggan tersebut menegur ' bos ! kalau tak cukup pekerja..saya nak kerja la' dengan nada bergurau. Opppsss! salah dengarkah ? Bos?  Terpana seketika dengan muka tercengang. Orang  itu agaknya terperasan muka taksiap terkejut saya kot. " Itu la BOS kedai ni" sambil tersenyum...

BOSS?? ada lagi Boss seperti itu di dunia ini???
Patut la Nisa' perasan....walaupun pekerja ramai...dan orang ramainya berganda2 dari pekerja... tapi pekerjanya tak de pulak yang curi tulang...kan kadang2 ada juga pekerja yang jalannya lambat2..nak angkat pinggan pun slow motion...muka jgn cerita la...lebih kelat dari daun sekentut...
Kedai ni tak...!! Pekerja sungguh cekap macam Boss mereka. Mungkin juga mereka jadi 'segan' bila tengok Bos turun padang bekerja bersama2...sedangkan bos tu boleh je duduk di salah satu meja sambil mengarah Kau!! hanta sana...Minah!! hanta meja no 2...

Jemput makan...Boss meletakkan roti canai bersama kuah dal yang aromanya menguatkan lagi gendang dalam perut. erk.....tak sampai 5 minit. dah boleh makan. Orang yang baru duduk disebelah saya pun...dah dapat minuman. Roti??? Yeee roti saya tu bukan roti yang dipanaskan tapi segar dari ladang.

Ternyata ATTITUDE amat penting dalam banyak aspek..
nak kasih sayang..attitude kena bagus
nak perhatian...attitude kena baik
nak disegani....attitude juga diutamakan....dengan mengambil A=1 B=2 dan seterusnya.... dapatkan jumlah bagi perkataan ATTITUDE..maka benarlah utamakan sikap ANDA kerana ...

The POWER of ATTITUDE is 100%




Yeayyyy...nak join blog list YuYu.. kat SINI

Secebis harapan ku agar dapat berada dalam blog yang cute bersama tuan nye yang juge CUTE itu kerana..
jeng jeng jeng

nak tambah raaammaaaiii lagi bloggers sebagai kawan .  Pengakuan berani mati ni !! Honest..ok
Kalau dah tersenarai dalam bloglist YuYu insyaAllah akan bertambah la kenalan sebab YuYu punya ramai kawan. So boleh kita kawan2 kan, kan.

Kalau bergerak sendiri2... kadang2 ada juga yang tak terpandang...sob sob..siapala diriku ini...ecececehhh

Itu je secebis harapan ku ye cik YUYU....
Eh, Ustazah! : Tudung | Sunah Suka Sakura dot com
Anda HILANG DARA??

Takut lelaki tidak menerima ANDA lagi ??

Sudah insaf tapi masih ragu2 untuk berkahwin ???

Ada sesetengah tu sampai sanggup cari bomoh untuk pulihkan dara semata-mata nak berkahwin...

Ada pula sanggup melakukan pembedahan seperti berita ini :


Pulihkan selaput dara untuk tipu bakal suami





KUALA LUMPUR: Pemulihan selaput dara hanya layak dijalankan pakar bedah estetik atau kosmetik profesional kerana kaedah itu mempunyai risiko tinggi yang mampu menyebabkan jangkitan kuman serta pelbagai komplikasi mengancam kesihatan jika dilakukan orang yang tidak berpengetahuan.

Ia juga bukan pembedahan ‘main-main’ yang boleh digunakan remaja sekadar suka-suka untuk pulihkan dara mereka selepas melakukan hubungan seks dengan rela.

Pegawai Perubatan Am Mediviron TTDI Jaya, Dr Sharifah Abd Ghaffar berkata, pakar bedah plastik yang layak menjalankan pembedahan itu juga mempunyai etika dan tidak akan sewenang-wenangnya menjalankan pembedahan sekiranya ia sekadar untuk alasan remeh-temeh.

“Kaedah pembedahan ini tetap mempunyai risiko tersendiri sama seperti pembedahan lain dan jika yang terbabit itu remaja, pakar bedah itu sudah tentu akan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa mereka dan saya rasa bukan mudah untuk ibu bapa bersetuju.

“Apalagi pembedahan ini bukan murah dan selalunya hanya dijalankan mereka yang sudah berumur atas sebab tertentu yang lebih kukuh seperti untuk memperbaiki kehidupan seks bersama pasangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Sharifah mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai dua remaja perempuan yang sanggup merelakan diri menjadi mangsa seks tiga serangkai kerana percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin.

Beliau berkata, remaja terutama beragama Islam sepatutnya mengawal diri dan tidak terbabit dalam kegiatan seks rambang.

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga pakar motivasi dan penceramah, Zawawi Yusof berkata, mereka yang sudah melakukan dosa sepatutnya bertaubat dan mencari jalan ke pangkal jalan yang diredai Allah bukannya dengan cara cuba menutup kesalahan lampau dengan kaedah pelbagai.

Beliau berkata, sikap gadis terlanjur yang sebelum ini memang melakukan seks dengan rela tetapi kemudian mahu memulihkan dara dengan bertemu bomoh atau kaedah lain, seolah-olah menunjukkan mereka cuba menipu bakal suami masing-masing, menyebabkan mereka ditemukan dengan jalan yang silap dan akhirnya menjadi mangsa penipuan juga.

-hmetro-



Sape lah yang rasa bahagia ketika sakit..
Sakit tu..macam mana pulak boleh jadi bahagia...?

Cuba perhatikan betul2 wajah kawan/saudara kita yang sakit ketika kita menziarahi dia. 
Nampak ada sinar bahagia wajah pesakit bila mendapat kunjungan dari pelawat. Mungkin pada ketika itu terasa 'terangkat' kesakitan yang dia tanggung. Jadi kita jangan pandang remeh sesi menziarah sahabat/saudara jika kita dapat tahu mereka dalam kesusahan/kesakitan. 

Ala...nanti dia dah baik kita pegi la tengok dia kat rumah dia. Buat apa nak pegi menyemak kat hospital tu. Dah la bau ubat, orang pulak ramai bersesak2...bla bla bla
Dia dah balik rumah?? oooo dah sihat la tu...takpe2 tak lama lagi masuk kerja la tu. Jumpa kat ofis aje. Ntah2 dia nak rehat kat rumah dia tu...

Ayat2 yang dah selalu sangat kita dengar...kan. 

Nabi kata :

"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempatmu di dalam syurga" (diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a)

Kita juga perlu menjaga adab2 ketika ziarah agar kunjungan kita menjadi kunjungan 'penawar' kepada pesakit ...

1) Jangan duduk terlalu lama kerana boleh menyebabkan jemu kepada si pesakit
2) Zahirkan simpati seolah-olah kita juga merasa sebagaimana ia merasakannya
3) Doakan untuknya seperti dikatakan "Ya Allah, sihatkanlah sahabatku"
4) Nasihatkan supaya bersabar kerana sakit itu mendapat pahala
5) Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepada si pesakit




 
Dapatkan theraphy secara PERCUMA


FREE I tell U !!


Semalam laptop terpaksa masuk klinik jap

Nasib baik tak masuk hospital kalau tak mesti kena warded.

Gi klinik pastu doktor cakap kena format sebb dh kena serangan virus

Mana tak kena lepas dapat amaran MALWARE detect pun redah masuk jugak

Kan dia dh pesan soh GO Back.. haa tu laa.

Hari ni ALL IN ONE
menunjukkan keprihatinan dengan membuat entry khas ttg Malware sebab semalam ramai tak boleh masuk blog dia lepas kena warning dengan Chrome ada MALWARE

Pegi check blog kite sihat tak? Kat sini pun boleh

So hari ni I pulak nak bagi tau dekat @ciktim dan rakan2 ciktim yg komen tu ada juga blog rakan yg komen dia dah terkena MALWARE.

Gini bunyi warning tu :

Warning: Something's Not Right Here!
sayanoa.blogspot.com contains content from sudais-sudais.blogspot.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site.
Google has found that malicious software may be installed onto your computer if you proceed. If you've visited this site in the past or you trust this site, it's possible that it has just recently been compromised by a hacker. You should not proceed. Why not try again tomorrow or go somewhere else?
We have already notified sudais-sudais.blogspot.com that we found malware on the site. For more about the problems
found on sudais-sudais.blogspot.com, visit the Google Safe Browsing diagnostic page.

so please take note k

nak check kesihatan blog boleh tengok cara2nye kat ALL IN ONE ok.

P/S : blog ciktim ok tau..kite dah masuk dengan selamat takde warning bagai....Selamat berblogging

asLeenda 1st GiveAway 
1st time asLeenda buat GiveAway

1st time jugek kite join GA ni.

Saje suke suki tambah kenalan

Nak tag kawan baru :

Due Date : 8 April 2011


Ceriakan pagi mu dengan MEMBERI

uiissshh...apa2 aje la nak suruh memberi pepagi gini kan.
Memberi bukan sekadar sedekah duit saje.
Pagi-pagi sediakan sarapan untuk keluarga pun kategori memberi......
Pagi-pagi menebarkan salam kepada jiran dan rakan juga...memberi
Pagi-pagi menghadiahkan senyuman juga....memberi
Pagi-pagi....pegi minum kopikat ofis walaupunn dah breakfast kat rumah dengan keluarga...ha !!! itu memberi mengabiskan boreh (beras) yo...

Memberi lah....sesungguhnya 

 Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati

Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

~What U give u'll get it back~

Sape nak K.U.A.T ?

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

Bukan I yang kata...tapi hadis Riwayat Muslim

Macamane nak kuat
Jom kite kongsi pengalaman dengan WARDINA SAFFIYYAH 
Ha ahh..Wardina yang ramai orang kenal tu..
Pengalaman dan usaha Wardina dalam membentuk satu generasi yang K.U.A.T even belum lagi terbukti tapi Wardina telah mengikut apa yang dianjurkan oleh Islam.

Kenapa Wardina? Sebab kengkadang ada orang kata...ala dia boleh la gitu, dulu sekolah agama, mak bapak dia orang alim.. Gua? gua tak belajar pondok susah aaaaa. Wardina pun dulu tak sekolah pondok ... artis lagi ( artis kan byk yang seksi meksi ) . Boleh pun berubah.
Semuanya terpulang kepada diri kita Nak @ Tidak. Jangan tunggu Tsunami datang baru nak berubah....takut2 terlambat dahhhhh

Info yang baik ini saya sedut dari Nota Ibu



Cerita ni ditulis oleh Wardina Safiyyah; an adorable mom and muslimah di laman facebooknya kat sini
Hayatilah dan semoga kita semua dapat sama2 praktikkan...insyaAllah..


BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...


I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...


I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!" 


3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????


She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.


Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!


And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!


I love you all!!! Good night.....


But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?







P/S : I pun admire you gak...Dina


Pagi yang segar dan indah hari ni.....

Hujan tak kat sane...sini mendung je macam nak hujan. tapi semalam pun hujan tak henti2.

Kalau dulu bila hujan turun je....hujan rahmat tu..kan, kan,

Tapi hari ni kena berhati2...TAKE NOTE ye friends...
maklumat terkini dari ATIKAH dia dapat dari sumber2 terkini....
Jangan biarkan diri anda bermain/bermandikan hujan.

Cukup bahaya akibat dari letupan nuklear Jepun tu menyebabkan Hujan Berasid. Even jauh Jepun tu tapi kita kena tahu adanya kelajuan udara.
 Jangan biarkan diri anda 'direct' dengan hujan. Pastikan ada something yang boleh cover OK..kalau tak ???
Ishhh..hujan asid ni boleh akibatkan kerosakan tisu kulit, keguguran rambut paling takut sel kanser boleh menjadi aktif.

So hati-hati ya. Thanks Tikah....

P/S : Hujan itu masih menjadi rahmat bagi kita. Allah nak bersihkan udara nuklear tu secepat mungkin. Kalau tak mesti menderita terutama penduduk jepun.

Dunia sudah tua.
Semasa zaman nabi pun kiamat hanya antara 2 jari.
Ketika itu petanda2 akhir zaman tak seJELAS sekarang

SEKARANG??
Amat jelas. Bumi pun sudah semakin uzur.
Cuaca juga sudah tak menentu
Nyawa manusia bagaikan tidak ada nilai lagi.
Pembunuhan, kezaliman, korupsi sudah semacam bermaharajalela.

Semua tu dah ada dalam Quran.
Itu lah petanda akan berakhirnya dunia ini

Bagi yang ada anak2 eloklah diajarkan seni mempertahankan diri. Ditakdirkan mereka dapat hidup lagi ketika hujung nyawa dunia...peperangan ketika itu tidak lagi menggunaka senjata canggih.

So...bagi kita pulak...persiapkan hati. Buatlah yang terbaik dalam hidup kita ~




Amacam...Hebat tak???

Patut lah mereka2 ini berblogging. Rupa2 bila bertambah je kawan kat FOLLOWer kite....syahdu dan berbunga bunga hati ini. Seronok sesangat dengan kehadiran kawan-kawan baru..

Nak2 pulak yang suke KOMEN kat n3 kite. Terasa sangat dihargai. Seronok tau kalau kawan2 layan n3 yang kite buat tu...walau pun sebaris ayat....
macam Cik Tim kite ni dah berbaris-baris ayat haaaa..Rajin pulak Cik Tim meng 'kaler2' rumah dia. Jadi pink and very Sweeeettttttt.

CemoMoi kite ni walau dah ramai follower ...masih rajin mengomen kat entry kengkawan. Blog dia pun best banyak info2 berguna dan meNarikkk.

Cik NUR kite ni rajin buat GA...kawan2 yang lame dah idamkan rantai MUTIaRa... haaa apalgi, silakan men 'join' contest itu

Kakak LM dari Dubai tuuuu...blog dan kata2nye very the ladies. Jom la singgah...choooppp! dari Doha, Qatar sejiran dgn Dubai. Sori kakak LM sweeett

Terharu sungguh boleh tambah kawan dan berkongsi kisah blog di maya nihhhh...

Sayang kamu semua
 Fuh ! rupanya banyak lagi nak kena belajar kalau nak ber blogging nih.. Pasal komen pun jadik isu dan bagi kesan yang tak sedar diri kita sangka.

Macam DIANA ni...memang terangkat , terpanas sekejap jugak la baca blog dia. Ada ke komen sikit pun tak boleh ??!! Apa kess...nak juga orang tu komen tapi kalau kita jadi blogger dan orang baca blog kita KOMEN macam tu, barulah tahu betapa keciwaaa nya. Nak2 pulak komen yang tak kena tajuk.

Kredit untuk Diana sebab tulus dan berkongsi ilmu walaupun ilmu KOTAK KOMEN. Panass!!! Panasss!!!
Kasih pada Yang SATU
Kawan beribu-ribu...

Seronok rupanya berkawan ni..
Bila rasa murung...lepas tu pegi la jumpa kawan. Ada je kata-kata yang menarik boleh membuatkan kita tersentuh hati...boleh lupa seketika masalah kemurungan yang sedang kita lalui.

Kadang-kadang pula... masalah kawan kita tu...fuh !! lagi berat dari apa yang sedang kita hadapi. Rasa bersyukur terus menggunung tinggi.

Penting rupanya ada kawan...macam PUISI kat sini. cerita tentang hati dan perasaan.
Luahan hati bila dikongsi dengan teman2 boleh meringan kan fikiran yang terbeban.

Jom la kita tambah kenalan...
Salam Jumaat yang indah...


Jumaat penghulu segala hari.


Kata orang kalau selalu dimulut maksudnya dekat dihati . Betul ? Jadi kalau kita kata kita sayangkan baginda Nabi Muhammad... kita takkan nak sebut I LOVE YOU. Kita masih boleh pamerkan rasa kasih dan sayang kita pada baginda dengan perbanyakkan selawat.


Simple sangat kan...sebut beberapa saat tapi keberkatan yang kita dapat 10kali.

Nak kasih dari Allah kita selawat ke atas Nabi. 

Hari JUMAAT bagaikan hari raya untuk umat Islam. Apa tidaknya... hari ni kita boleh claim banyak pahala. Kalau lah pahala tu boleh kita tengok jatuh gedebuk gedebuk.... husshhh mesti seronok nk buat baik

Fadhilat hari Jumaat :

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Apa aktiviti yang paling selamat untuk remaja sekarang??

Any idea?? 
Remaja sukakan cabaran...tracking, hiking, all the outdoors activities etc.
Tapi ada lagi yg selamat..tak kena panas..tapi boleh bertambah kawan2

Kenalan remaja hari ini seorang yang kecil molek
tapi banyaakkk pengetahuan dalam berblogging ni

Bagi adik2 yang nak mula bercinta dgn blog jom tengok kat SINI apa yang ada untuk dicedok.
Agak terbuka dan telus orangnya. Boleh ditegur dan tak cepat melatah.

Jom la kita terrrrrjahhh...jom


banyak tips yang berguna. So far jadi tempat rujukan utk Nisa' PG meneruskan berblogging selain dari sifu Bro Ben ni.



Ada tak sesiapa yang TAK kenal makhluk2 di atas tu....
Ada...mestilah yang opposite nya yang tak kenal. Sungguh la kita ni datang dari dunia yang tak sama kan?
Pepatah Inggeris kata Man From Mars Woman From Venus..

Nilah dia nyaaaa....sama jugak la mcm BRO sorang ni. ( tapi dia kata bukan dia yg kata ..hehehe ye ke ) 

Apa2 pun kata mereka kpd kita yg hanya sekadar tulang rusuk ni...
Jom kita perkenalkan diri kita pada mereka....

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isihati mereka.
  10. Bersikap terlalu serius juga boleh mematikan mood wanita

Haaaa..amacam?? baru nak perkenalkan 10% tu..

ada lagi..nanti kita sambung okesss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...