Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
Anda HILANG DARA??

Takut lelaki tidak menerima ANDA lagi ??

Sudah insaf tapi masih ragu2 untuk berkahwin ???

Ada sesetengah tu sampai sanggup cari bomoh untuk pulihkan dara semata-mata nak berkahwin...

Ada pula sanggup melakukan pembedahan seperti berita ini :


Pulihkan selaput dara untuk tipu bakal suami





KUALA LUMPUR: Pemulihan selaput dara hanya layak dijalankan pakar bedah estetik atau kosmetik profesional kerana kaedah itu mempunyai risiko tinggi yang mampu menyebabkan jangkitan kuman serta pelbagai komplikasi mengancam kesihatan jika dilakukan orang yang tidak berpengetahuan.

Ia juga bukan pembedahan ‘main-main’ yang boleh digunakan remaja sekadar suka-suka untuk pulihkan dara mereka selepas melakukan hubungan seks dengan rela.

Pegawai Perubatan Am Mediviron TTDI Jaya, Dr Sharifah Abd Ghaffar berkata, pakar bedah plastik yang layak menjalankan pembedahan itu juga mempunyai etika dan tidak akan sewenang-wenangnya menjalankan pembedahan sekiranya ia sekadar untuk alasan remeh-temeh.

“Kaedah pembedahan ini tetap mempunyai risiko tersendiri sama seperti pembedahan lain dan jika yang terbabit itu remaja, pakar bedah itu sudah tentu akan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa mereka dan saya rasa bukan mudah untuk ibu bapa bersetuju.

“Apalagi pembedahan ini bukan murah dan selalunya hanya dijalankan mereka yang sudah berumur atas sebab tertentu yang lebih kukuh seperti untuk memperbaiki kehidupan seks bersama pasangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Sharifah mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai dua remaja perempuan yang sanggup merelakan diri menjadi mangsa seks tiga serangkai kerana percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin.

Beliau berkata, remaja terutama beragama Islam sepatutnya mengawal diri dan tidak terbabit dalam kegiatan seks rambang.

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga pakar motivasi dan penceramah, Zawawi Yusof berkata, mereka yang sudah melakukan dosa sepatutnya bertaubat dan mencari jalan ke pangkal jalan yang diredai Allah bukannya dengan cara cuba menutup kesalahan lampau dengan kaedah pelbagai.

Beliau berkata, sikap gadis terlanjur yang sebelum ini memang melakukan seks dengan rela tetapi kemudian mahu memulihkan dara dengan bertemu bomoh atau kaedah lain, seolah-olah menunjukkan mereka cuba menipu bakal suami masing-masing, menyebabkan mereka ditemukan dengan jalan yang silap dan akhirnya menjadi mangsa penipuan juga.

-hmetro-

12 comments:

Unknown said...

pembedahan??
alahai..
tu la..dulu tak beringat..

Nisa' Pasir Gudang said...

@diana
rugi kan kalau tak jaga dari awal. Tapi ada lelaki yang paling penting bagi mereka ialah... klik kat post ayat RUGI KALAU TAK BACA

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

bertaubat sudahh..kalo wat operation bukan tanda Allah ampunkan dosa mereka..tol x..

Ayu said...

Erm...memang panasss isu nie..semoga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus, amin...
Pada yang dah buat silap tu...taubat nasuha la...tp, bg yayansmum takyah la buat operation ke apa ker utk pulihkan...berdoa je dengan Allah sesungguh2nya supaya dipertemukan dengan lelaki yg benar2 boleh menerimanya...tanpa langsung bertanya kisah silamnya yg kelam..wallahualam.

storyfromme said...

setiap perkara ade hikmahnya.orang yang berdosa besar pon masih diberi peluang untuk bertaubat oleh Allah.InsyAllah, Allah pasti membantu orang yang bertaubat.

Mohamadazhan.com said...

salam

macam2 sekarang ni...sesak dada baca..moga memberikan hidayah

Nisa' Pasir Gudang said...

@ciktim
kan kan..kalau operation setakat nak cover, mmg tak de makna nye~

Nisa' Pasir Gudang said...

@YaYaNsMuM
Moga taubat mereka diterima. Jangan ulang2 perkara tu lagi kan. Kalau suami yg dh tau isteri tu dh betul2 baik dan berubah...hmm tak perlu ungkit2. setuju2

Nisa' Pasir Gudang said...

@storyfromme
Allah tu Adil..kalau dh betul2 dia taubat tak nak ulang , pasti aib nye di tutup.

Nisa' Pasir Gudang said...

@MohamadhjDesa
we have to do something untuk selamatkan remaja2 ni. Mgkin menjadi rakan dan temankan kpd mereka dlm konteks utk membimbing

Unknown said...

aku terime seadernye..

Nisa' Pasir Gudang said...

@jiji yu
hebakkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...