Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
Moga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita.

Apa khabar adik-adik? Apa khabar Iman adik? Hari ke hari moga makin meningkat keimanan / keyakinan kita kepada Allah Subhanahu wataala.

Adik-adik percaya tak dengan adanya syurga dan neraka. Walau tak dapat dilihat oleh mata...moga hati membenarkan apa yang disampaikan oleh junjungan mulia kita.

Jom kita kongsi ilmu......

Apa rasa ketika tangan adik-adik terkena api.....hmmmm, terkena percikan air panas. Sakit? Perit? Lepas tu kalau terkena agak banyak pasti melecur...kan?

Meh sini akak share sejarah api dunia..


.


..



....









Ini matahari...
Imej ini diambil oleh Royal Swedish Academic of Science menggunakan Swedish Solar Telescope 
Tarikh : 14 Nov 2002




  
Nampak tak betapa ianya kelihatan 'sangat panas'








Gambar dari jarak 5000 kilometer. dan di 'zoom' utk lebih jelas


Boleh bayangkan tak....air yang terkena pada tangan dan menjadi melecur tu hanya mengambil sedikit kepanasan dari api. Bukan panas yang terus dari api. Kepanasan air didih itu pun hanya setakat 100 darjah Celcius...kan?

Tapi sudah cukup memeritkan permukaan kulit. Apatah lagi kalau api yang besar yang mampu membakar rumah ... ladang ... itu pun kita dah terasa bahangnya jika berdekatan dengan kawasan yang terbakar. Dari mana api dunia ni dik ??

Bacalah dengan mata hati.......

Sebagai Renungan: 

Diriwayatkan bahawa Rasululllah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: 
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah:
  sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: 
sebesar kurma...

Zabaniah:
  kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril:
  kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah:
  kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat digunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN:

 Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"   
(Riwayat Tarmizi)   


Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)   


Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
" Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)   


Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...