Nisa' Pasir Gudang memohon jutaan kemaafan dari adik-adik yang telah mendaftar nama, yang telah bertanyakan khabar, yang sedang membuat perancangan untuk menyertai SMART MUSLIM CAMP anjuran Nisa' PG.
Atas masalah teknikal yang tak dapat kami elakkan.. kami terpaksa membatalkan program SMC ini. Insya Allah akan kami usahakan supaya SMC ini akan berjalan juga pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. Maaf ye adik2...
Kita akan bersua jua nanti... LOVE you all
SALAM ADIK-ADIK ....
Wah! cuti dah mula ni...mesti masing-masing dah rasa excited sangat..kan!
Ramai orang pesan..cuti jangan buat kerja yang sia-sia... Betul tu! Maksudnya kalau cuti jangan sampai bangun solat lambat konon nak qadho tidur semasa hari persekolahan. Jangan pula asyik lepak depan TV sampai tak solat2 atau lambat2 kan solat...konon pulak masa sekolah sibuuuukk la sangat tak sempat pun nak tengok TV. Ada pula yang asyik dengan basikal ukur keliling taman atau kampung melepaskan TENSION !! oh NOOOOO..
Apa ni!!! Asyik JANGAN aje...
Boleh sebenarnya nak TIDUR tapi.. bangun solat dulu. Having breakfast with your family... tolong ibu kejap.. siram pokok ke... buangkan sampah ke... itu pun antara aktiviti yang kita tak berpeluang nak buat masa sekolah kan.. BEST! Ibu mesti bangga dengan anak dia ni.. hmmm
Bila nak tidur ni....?? kata boleh . Tidur lah sekejap bila masuk tengahari. Sunnah tu.. pahala pun dapat.
Semua yagn JANGAN di atas tu boleh buat tapi sesuaikan dengan keadaan. Tidak melampaui batas. hati kita pun senang tak dimarah dek ibu. Ibu pun tentu suka dan senang dengan sikap permata hatinya. Lepas tu kalau minat nak ceburi aktiviti luar pun...rasanya takde lagi halangan. Mesti ibu suka aje nak hantar... nak - nak pula aktiviti yang memberi manfaat contohnya... ha!!!
SMART MUSLIM CAMP
Best ni... Tujuannya nak teliti kan lagi tentang solat. Mendidik agar adik adik lebih menjiwai solat itu. Insya Allah ruh solat akan meresap dalam diri dan adik2 akan tahu amaaaaattt lah bermakna SOLAT itu.
Bukan setakat solat je...kat sini juga adik2 akan di'charge' kan AURA positif. Nak kasi lebih POWER lagi unsur2 baik dalam diri adik2 tu. Antaranya YAKIN DIRI... BERANI.. sebab kita ada anjurkan aktivit laluan berhalangan..seperti ..gambar2 kat bawah ni...
ini baru 3 contoh. Ada lebih kurang 20 laluan halangan yang adik2 kena tempuhi.... memang mencabar dan BEST sangat!! Insya Allah tak boring cuti sekolah kali ni.
Macam mana??? Best kan! Jom la hubungi Nisa Pasir Gudang melalui
E-mail : nisapg@gmail.com
Tel. : 012-7244792
FB : Nisa' Pasir Gudang
Bermula 24hb - 26hb Disember 2010
Training Centre SAJ, Sg. Layang Masai Johor
Jumpa anda di sana ya !!!!
Forum mendekati jiwa remaja yg suka coupling ni...
nak bercouple..pastikan CiNTa kita yg utama ialah ALLAH
kalau dah si dia memang jodoh kita....tak perlu la nak buang masa, buang top up buang duit untuk terus merayu , mengharap sampai ponteng kelas, ponteng sekolah agama , ponteng solat semata2 nak kejar kan sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu milik kita.
Habiskan masa adik2 dgn semua kerja kerja yang baik2.. kerja2 yang ALLAH janjikan pahala. Dapat pahala nak buat apa? Nak masuk syurga la.... bak kata Upin & Ipin.
Hidup kita mungkin singkat oleh itu ENJOY dengan amal baik. Tentu semua org SAYANG kita apatah lagi si DIA...
Antara peserta BERTUAH yang hadir ke Forum Unik bertemakan CINTA : KETIKA CINTA BERTASBIH 7 NOV yang lalu. Di Hotel Selesa Pasir Gudang, Nisa' PG mengundang Muadz ( penyanyi lagu bertemakan Hadith) bersama ibunya Ibu Lin seorang yang cukup supporting dan penuh dengan naluri keibuan..berkongsi cerita, ilmu dengan peserta.
Jom kita layan gambar2 KCB...
nak bercouple..pastikan CiNTa kita yg utama ialah ALLAH
kalau dah si dia memang jodoh kita....tak perlu la nak buang masa, buang top up buang duit untuk terus merayu , mengharap sampai ponteng kelas, ponteng sekolah agama , ponteng solat semata2 nak kejar kan sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu milik kita.
Habiskan masa adik2 dgn semua kerja kerja yang baik2.. kerja2 yang ALLAH janjikan pahala. Dapat pahala nak buat apa? Nak masuk syurga la.... bak kata Upin & Ipin.
Hidup kita mungkin singkat oleh itu ENJOY dengan amal baik. Tentu semua org SAYANG kita apatah lagi si DIA...
Antara peserta BERTUAH yang hadir ke Forum Unik bertemakan CINTA : KETIKA CINTA BERTASBIH 7 NOV yang lalu. Di Hotel Selesa Pasir Gudang, Nisa' PG mengundang Muadz ( penyanyi lagu bertemakan Hadith) bersama ibunya Ibu Lin seorang yang cukup supporting dan penuh dengan naluri keibuan..berkongsi cerita, ilmu dengan peserta.
Jom kita layan gambar2 KCB...
600 peserta memenuhi ruang dewan Hotel Selesa.. mmg sporting semuanya
Alhamdulillah.. dapat berkumpul bersam berkongsi ilmu. Betul kan sporting? Mmg mereka dahaga kan ilmu
Buktinya mereka ini mmg SPORTING? All out kita org hari tu dgn prog yg cukup unik ni.
Haa... inilah Ibu Lin. Penyampaian dari ibu dari hati tau...so jatuh jua la ke hati. Sanggup mereka tunggu 3 jam untuk terus bersama2 beliau.
Forum ni memang UNIK. Bayangkan panel mendekati peserta hingga ke belakang dewan. Tak sempat la nak curi masa terlelap. Panel menyoal...pastu panel pun kena soal.....
Antara hadirin yang bertuah hadir bersama berkongsi ilmu.
SAUTUL HAQ... kumpulan nasyid membuka majlis petang yg penuh bahagia itu dgn dendangan zikir dan nasyid yg merdu...
Jutaan TERIMA KASIH kami kepada penaja hadiah cabutan bertuah dari PESONA BATIK kerana sudi menyumbangkan hadiah kepada peserta. Sebanyak 10 pasang kain pasang bercorak batik yang berkualiti telah diterima oleh peserta bertuah.
Juga penyumbag berhati mulia dari PUSTAKA IMAN. Atas sumbangan buku-buku berkisar CINTA untuk panduan adik-adik remaja,
Antara peserta bertuah yang menerima hadiah dari cabutan bertuah..
Cenderamata dari Nisa' Pasir Gudang kepada Ibu LIn dan Muadz...
Nisa' Pasir Gudang team.. we are proud to be with all of you.
Jutaan terima kasih jua dari kami kpd Puan Norhayati Bidin yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan program ini.
Kepada Ummi, Ustazah Fatimah Mastoya...Syukron. Jasa dan budi ummi hanya Allah jua yang mampu membalasnya..
~ En. Hafidz dari SEA EAGLE...
~ Tn. Hj. Suhaimi dengan sumbangan air beliau untuk para peserta...
~Dr. Mazli
~our ex - schoolmate walaupun jauh dimata tapi sumbangan anda amatlah bermakna kepada peserta2 ini.
~ dan ramai lagi penaja yang tak dapat kami senaraikan di sini.
Sesungguhnya sumbangan anda yang berhasrat agar adik adik mendapat manfaat dari forum ini... hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Semoga kita semua terus dilimpahi Rahmat dari Nya...
Salam 'Alaik adik-adik yang dikasihi.....
Kali ini Nisa' akan terus bersama anda semua mencari jalan bagaimana nak tangani perasaan rasa nak disayangi dan menyayangi.
Cinta itu fitrah!! Cinta itu satu anugerah yang suci Allah campakkan dalam hati kita. Tapi macam mana kita nak terus jaga kesucian CINTA ini...
Best kalau berbicara tentang CINTA..nak nak pula kalau kita boleh terus mendengar dan bertanya sendiri kan??
Ok..Muadz ( penyanyi lagu hadith ) akan datang ke Pasir Gudang bersama Ibu Lin menjadi panel FORUM KETIKA CINTA BERTASBIH pada 7hb November nanti.
So.. u ols boleh turun ke sini untuk bersama kami dan mereka berbicara tentang CINTA
Kali ini Nisa' akan terus bersama anda semua mencari jalan bagaimana nak tangani perasaan rasa nak disayangi dan menyayangi.
Cinta itu fitrah!! Cinta itu satu anugerah yang suci Allah campakkan dalam hati kita. Tapi macam mana kita nak terus jaga kesucian CINTA ini...
Best kalau berbicara tentang CINTA..nak nak pula kalau kita boleh terus mendengar dan bertanya sendiri kan??
Ok..Muadz ( penyanyi lagu hadith ) akan datang ke Pasir Gudang bersama Ibu Lin menjadi panel FORUM KETIKA CINTA BERTASBIH pada 7hb November nanti.
So.. u ols boleh turun ke sini untuk bersama kami dan mereka berbicara tentang CINTA
Nyatakan keprihatinan anda..
Kami sedaya mampu akan memberi khidmat bakti..selagi terdaya.
Inilah antara usaha kecil kami mencari sumbangan dan dana bagi menyampaikan kepada mereka yang memerlukan..
Jazakallahu khayron kathiro..Balasan Allah untuk kamu dengan kebaikan yang banyak
kepada semua yang telah memberikan sumbangan untuk Persatuan Ummi Mawarnis Pasir Gudang.
Ketua Nisa' PG Awin menyampaikan sumbangan yang telah berjaya dikutip oleh Nisa' Pasir Gudang kepada pengerusi Persatuan Ummi Mawarnis Pn. Hajjah Maria Bt. Daud
Peserta yang baru kematian suami sewaktu ini kandungannya telah berusia 6 bulan
Cucuran air matanya turut dikongsi bersama...TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MENGHULURKAN SUMBANGAN ♥
Sekadar yang kami mampu..moga dapat meringankan beban
Moga tautan ini akan berterusan
Nisa' berhasrat untuk menjalin kan hubungan akrab dengan pelbagai pihak.
Minal 'aidin wal faidzin...
Mohon kemaafan sempena Syawal yang masih berbaki ini..
Dah bersawang blog ni...
Harap takkan berulang lagi aktiviti biarkan labah-labah membuat sawang..
Insya Allah..
Ha! banyak benda nak dikongsikan bersama sepanjang blog ini terbiar..tapi akan diselenggarakan kembali agar kembali segar..
Where should we start?
Ok selepas kelas masakan tempohari, Nisa' telah bekerjasama dgn INSAF menganjurkan program motivasi untuk anak-anak bersama ibu tunggal..
Program telah berlangsung di Dewan Taman Cendana. Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari penghuni sekitar Tamn Cendana.
Lihatlah kenangan yang telah kami abadikan untuk tatapan kalian
Persiapan awal Nisa' PG. Kami sentiasa bersedia
Peace! We are happy for you..
Sesi taaruf bermula....
Warm-up...wujudkan kemesraan
Biarkan ibu-ibu menyatakan harapan mereka kepada buah hati...
Buktikan kasih anda wahai anak-anak...antara yang menyahut cabaran....
Dah lama ibu menyuap kami...biar kami pula menyuap ibu
Suapan adik abang..kami patrikan memori manis ini...
Giliran adik pula...suapan berbalas. Respon mereka cukup baik!!
Take 5!!
Ubahan kedudukan bagi meningkatkan fokus..hampir sampai waktu kemuncak
Akhirnya..anak-anak berlari mendapatkan ibu bagi memohon kemaafan...
Walaupun anak-anak tidak datang bersama..ibu-ibu ini menyerap dengan sepenuh hati pengisian yang kami sampaikan
Kami mohon ampun dan maaf ibu...kami sayangkan ibu..
Suasan yang kami jua tidak mampu menahan air mata...
Adik janji ya jadi anak yang soleh..doa ibu sentiasa untukmu sayang
Ibu, kami ingin membahagiakan hati ibu...
Doa seorang nenek untuk cucu yang dipeliharanya...
Kenangan indah bersama Nisa' Pasir Gudang..
kentang putar
Pizza
Wow!!! Berselera tak?? Yummy, yummy...
Jom belajar masak pulak! Adik2 mesti teruja nak buat sendiri kan? Betul nak beli pun senang tapi sometime nak tunjuk skill masak pada ibu apa salahnya kan..mesti senyum lebar lah ibu tengok anak daranya turun dapur. Masak bukan sebarangan pulak tu... Boleh juga ajak kawan2 lepak kat rumah sambil makan air tangan adik ni! Bukan setakat mengeratkan ukhuwwah malah ..fuh! pahala tu dik.
Join Nisa' Pasir Gudang belajar masak
- Ayam Panggang
- Kentang Putar
- Pizza
Bayaran : RM 25
Tempat : PASTI Al-Khauthar Tmn Rinting
Bila?? 13hb JUN 2010 @ 8.30 pagi
Jumpa anda disana!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





































