Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. SEDEKAH juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapan yang baik.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.



Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,



"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."


Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :



"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

salam ukhuwwahfillah





Bowling with Nisa'.



Alhamdulillah..best sangat! Nisa' menganjurkan Program Bowling bersama Nisa' dengan disertai para remaja sekitar Pasir Gudang dan ibu-ibu yang 'sporting' meraikan anak-anak mereka...

Lihatlah aksi-aksi menarik...dan melucukan.















Riadah digalakkan didalam Islam. Selain boleh menyihatkan badan, riadah juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, merapatkan persahabatan. Bowling Nisa' telah membuka mata adik-adik nak main pun boleh selagi kita tidak melanggar syariat. Adab perlu dijaga dan jangan lupa aurat pun kena jaga ya! 
Islam itu kan penyelamat..apa pun yang nak dilakukan ikutlah lunas Islam...hati pun tenang.
Nanti kita main lagi ekk..!
  • Berpegang teguh dengan Islam
          'Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)'
(Surah Ali 'Imran 3:10)
  • Beriman dengan Allah dengan sebaik-baik iman
          Iman yang tiada sekelumit pun dalam hati syak atau ragu-ragu.
'Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)
(Surah At-Taghabun 64:11)


  • Beramal dengan Al-Quran dan sunnah
          "Maka sesiapa yang mengikut petunjuk Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab"
(Surah Taha 20:123)
  • Berilmu
          Ilmu membawa kepada mengenal Allah dan mendapat hidayahNya. Allah berfirman "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya adalah orang yang berilmu"
(Surah Fatir 35:28)
  • Tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu
          Katakanlah lagi : " Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." 
(Surah al-An'am 6:56)




Dipetik dari: SOLUSI Isu No:12



Hidayah boleh dimiliki dengan mengamalkan Islam secara bersungguh-sungguh.
Pada mulanya amalan itu belum terasa 'manis'... teruskanlah beramal.

Sedangkan 'bisa' pun boleh 'tawar' apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan .
Cuma sebelum kebaikan menjadi manis kita perlu bersusah-susah dengan memaksa diri. Ini satu sunatullah.
No pain no gain....

Yakinlah apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri, Allah pasti akan membantu.
Firman Allah yang bermaksud :

'Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami(Allah) nescaya Kami akan berikan petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan Kami'
(Surah al-Ankabut 69:29)

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Ia sangat sukar dilakukan tanpa keimanan kepada Allah. Kebanyakan manusia hanya melakukan perkara yang suka dilakukannya walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak perlu dilakukan

BERMUJAHADAHLAH ...WALAUPUN PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS
Raises your spirit

We will always be there when u need us
Keeps you close at heart

Offers our support

Walks beside you


video

TARIKH : 18hb April 2010

TEMPAT : Padang Bukit Layang-layang

Nisa' Pasir Gudang dijemput bagi membantu menjayakan Sukaneka PASTI.
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar dan meriah sekali. Ahli Nisa' PG juga berbesar hati dapat bersama anak-anak comel PASTI untuk memudahkan kelancaran acara-acara yang dipertandingkan.

Ibu bapa anak-anak juga turut memeriahkan program ini. Masing-masing bersemangat memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak.
Happening!

Terima kasih kepada pengurusan dan guru-guru PASTI kerana menjemput kami bersama.

Go Nisa' Go!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...