Pada mulanya amalan itu belum terasa 'manis'... teruskanlah beramal.
Sedangkan 'bisa' pun boleh 'tawar' apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan .
Cuma sebelum kebaikan menjadi manis kita perlu bersusah-susah dengan memaksa diri. Ini satu sunatullah.
No pain no gain....
Yakinlah apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri, Allah pasti akan membantu.
Firman Allah yang bermaksud :
'Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami(Allah) nescaya Kami akan berikan petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan Kami'
(Surah al-Ankabut 69:29)
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Ia sangat sukar dilakukan tanpa keimanan kepada Allah. Kebanyakan manusia hanya melakukan perkara yang suka dilakukannya walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak perlu dilakukan
BERMUJAHADAHLAH ...WALAUPUN PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS
0 comments:
Post a Comment