Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi

Ingat lagi tak tentang gambar telekung ini

sangat kasihan kan.

Kami mengambil inisiatif ini untuk membersihkan telekung-telekung sekitar pasaraya dan stesyen bas dengan keizinan pihak berwajib

Oleh itu bagi kengkawan yang mempunyai telekung yang masih ELOK dan juga bagi mereka yang ingin memberi sumbangan RM untuk telekung baru boleh menghubungi Nisa' Pasir Gudang melalui

emel : nisapg@gmail.com
FB : Nisa' Pasir Gudang
Hotline : 012-7244792

Jom sama-sama kita ambil bahagian menyelesakan mereka yang BERSOLAT.

macam Jimmy Choo kat SINI

Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah 
rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. (HR. Ath-Thabrani)

Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan...tiba pula masa untuk menyambung perjuangan yang tidak berkesudahan.

Selagi kita bernafas, selagi itulah kita disuruh untuk menuntut ilmu. Dah semak ke keputusan permohonan ke IPTA. ?

Di sini disertakan semakan untuk keputusan permohonan dan temuduga.






Tahniah adik-adik yang cemerlang dalam keputusan Matrikulasi yang diumumkan baru-baru ini

Iklan biasiswa akan mula dikeluarkan selepas keputusan dari Institut Pengajian Tinggi korang bulan Jun/Julai. Bagi yang berjaya mendapat 3.30 dan keatas boleh la memohon biasiswa di


  • Pengajian Dalam Negeri (PIDN) Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) (klik SINI)

  • Syarat-syarat untuk  memohon ( klik SINI )

Boleh la korang standby ok...




BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.





USMAN AWANG
1979




Nisa' Pasir Gudang mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru seluruh Malaysia.

Jasa dan baktimu mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya. Moga kalian dirahmati dan diredhai ALLAH hendaknya
Gambar ihsan dari google


Bila cerita tentang balik kampung , semua tersenyum ceria. Terbayang-bayang keseronokan bermain di padang, meredah hujan, memanjat pokok ( eh? )... berbasikal keliling kampung dan segalanya akan menggamit kenangan indah.

Walaupun sebenarnya biasa-biasa sahaja tetapi ianya menjadi sentimental value kerana di situlah kita dilahirkan. Penuh cerita suka duka.
Setiap kali balik kampung..kita dah awal-awal lagi kumpul wang samada untuk bekalan perbelanjaan mahupun untuk merai bersama-sama keluarga kan??

Paling tidak pun..setelah berhempas pulas bekerja kita dah dapat kumpul untuk membolehkan kita balik kampung. Punyalah bernilainya BALIK KAMPUNG...sehinggakan lagu ni kalau nyanyi mmg menceriakan...

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata......

Hmmmm.....macam tu jugaklah cerita kita nak balik kampung yang kekal abadi. Jika bekalan yang kita bawa untuk ke kampung kita yang 'sebenar' ada....pasti kita akan pulang dengan penuh keriangan.

Walau seronok dan indah macam mana pun sekalipun...ia hanya persinggahan kita sementara je. Janganlah kita jadikan dunia ni tujuan kita.....sedangkan kita punya tempat yang lebih baik dari sini.

Bak kata pepatah... "sekiranya kamu hidup untuk dunia 'kekal' maka kamu akan perolehi dunia sekarang dan yang kekal secara pakej. Tetapi jika kamu hidup untuk yang sementara ini sahaja...kamu akan hilang kedua-duanya"


Cool betul la Bro Ben...durian pun blh kena tempias glam !!!
Gambar Hiasan semata dari En. Google


Kalau ada festival gilang gemilang, anugerah glam ...tak sah kalau kita tak sebut tentang sponsor. Bagi yang di sponsor sangat2 berbangga kerana dapat bergaya sakan.

Bagi yang men'sponsor' pun lagi bangga produknya diperagakan orang. Di majlis gilang gemilang. Kamera klik sini ! klik sana !
Waduhhhh....glam aiiii..

Lagi seronok bila produk itu terus menjadi bualan mulut ke mulut...kerana cantik, ada jenama. 

Kasut Jimmy Choo ?? Beg Channel ?
Baju-baju cantik dari Zang Toi, Bill Keith, Syarifah Kirana, Radzwan Radzwil
wahhh!!! sangat suka hingga mereka menjadi ternama, kan.???


So....bila tengok kat Klik Sini
rasa-rasa perlu tak kita buat sesuatu??

Kalau ada yang volunteer nak usahakan yang baik...kamu-kamu sudi tolong tak??

Mungkin tak perlu jawab lagi...klik je butang FB 'Share' kat bawah entry ni.
 Nisa' PG nak tengok berapa orang yang sangat prihatin dan rasa nak bersama2 untuk usahakan sesuatu.



P/S : Rakyat Malaysia memang sangat prihatin 




Salam semua.....

Moga hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam.

Nisa' PG nak kongsi sedikit pengalaman. Sebelum tu nak juga bertanya...

Pernah tak singgah solat di pasaraya ke? Stesyen minyak ke? Surau atau masjid?
ada sesuatu yang kamu semua rasa...hmmmmm perlu buat sesuatu ? Ok...gini je.


Minta komen dari kamu semua tentang gambar ni boleh ?


Gambar carian Mr. Google

Gambar ape ? gambar telekung , Nak......

Gambar ape ?? gambar telekung ni , nak oiiiiiii !

Gambar ape ni ?? Telekung Busuk laaaaaaaa !!!!

Komen sikit ~


Salam Ceria semua....moga kehidupan hari ini lebih indah :)

Dah well prepared untuk teruskan perjuangan menimba ilmu ?? Adik-adik lepasan SPM 2010 stand by ok..!

 Bagi adik-adik yang telah membuat permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS , panggilan PETRONAS EduQuest Camp telah diumumkan.

Pemohon-pemohon yang telah memohon, sila semak status permohonan anda dilaman web ini,klik disini bermula dari 12 April 2011 selepas jam 3.30 petang.
Sila pastikan anda mengingati kata laluan anda untuk mengakses kembali borang anda.
Untuk masalah kata laluan, sila hubungi 03-2331 2810 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


Laman ini adalah hanya untuk semakan bagi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS. Bagi kemasukan ke UTP secara persendirian, sila layari website www.utp.edu.my

All the BEST !!



Perhatian ! Perhatian !

Jika anda penduduk sekitar Pasir Gudang...peluang keemasan anda untuk daftarkan diri sebagai team Nisa' Pasr Gudang terbuka kepada remaja yang berumur 12 hingga 21 tahun dan reTUa berumur bawah 40 tahun.

Apa yang dapat ?


  • Latihan kepada anak-anak remaja untuk membentuk pekerti mulia. Nisa' akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk timbulkan kesedaran adik-adik menghargai masjid/ surau ( gotong-royong )
  • Menghargai orang tua / miskin : memupuk kasih sayang ~ aktiviti membantu fakir miskin dan ziarahi orang yang kurang upaya/orang tua
  • Motivasi diri : kem jati diri
  • Tuisyen
  • dan pelabagai lagi yang akan diwar-warkan dari masa ke semasa
Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya...jom join Nisa' PG.
Daftar di FB : Nisa' Pasir Gudang
Hotline Nisa' PG : 012-7244792

Dah kena tag dengan NiNi HartiNi 

Tini kata terpulang nak buat ke tidak...untuk tidak menghampakan sahabat ini Nisa' PG buatkan. sape tahu kan tuah badan dapat barangan bayi... boleh buat gift utk ibu2 yang bakal melahirkan baby.

Hadiah-hadiah menarik :

5 cabutan secara manual 

3x hadiah dapat Cloth Book menarik ini 

2 x hadiah saguhati berupa voucher 20% belian barangan di OurKizunaStore 
1 x hadiah misteri bagi seorang pelanggan yang membeli mana-mana produk di OurKizunaStore di sepanjang bulan April.


Cara penyertaan
1. Buat entry khas bertajuk "GA OurKizunaStore"        ~ done

2. Copy logo OurKizuna dan tepekkan pada entry dan sidebar.... *Backlink logo kepada http://ourkizunastore.blogspot.com/ ya.                  ~done

3. Letakkan link pada bloglist untuk mengetahui perkembangan GA *optional  ~takde blog link..takpe optional kan


4. Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan





5. Tinggalkan link contest korang kat entry ni... :)




Mereka sangat prihatin...

Luah kan saja segala masalah kamu, pasti meraka datang meredakan.

Kongsikan lara kamu , dengan segera mereka datang menghiburkan.

Mereka punyai hati yang sangat mudah disentuh.

 Imam al-Shadiq as berkata, “Murah hati (al-Sakha’) itu adalah salah satu dari akhlaq para nabi dan murah hati itu merupakan tiang iman, tidaklah seseorang menjadi mu’min melainkan ia seorang yang murah hati (sakhyia), dan tidaklah seseorang menjadi murah hati melainkan ia telah memiliki keyakinan dan tekad yang menjulang. Karena sesungguhnya murah hati itu merupakan pancaran cahaya keyakinan (nur al-yaqin)” 3]
Mungkin mereka sentiasa berpegang “tangan diatas lebih mulia daripada tangan dibawah” 

Bukan sekadar cakap-cakap kosong tapi ini buktinya SINI .
Tak susah untuk mencari bantuan kerana mereka sangat prihatin dan penyayang. Merekalah rakyat Malaysia yang masih berjiwa luhur.
Masih ada lagi yang prihatin. Contoh yang terkini , setelah luahan hati semalam melalui entry INI , ya Allah... sangat baik sambutannya. Datang mereka bagaikan membawa sejambak bunga segar dari taman. Nasihat yang tulus dan kata-kata perangsang yang luhur keluar dari hati mereka.

Tersentuh jua hati ini. Setingggi-tinggi penghargaan buat sahabat2 blogger yang datang singgah komen dan follow. Komen anda sangat MEMBINA !!

Terima kasih dan sayang kamu semua ~

Salam ceria di pagi hari,
Nak kongsi sedikit ilmu diberi,
Ini semua cerita pasal rezqi,
Nak tau?? Haa...mai dok dengaq kat sini.


10 rezqi Allah turunkan,
9 darinya hasil perniagaan,
Bagi siapa yang nak cari makan,
Usahakan buat perniagaan.


Lagi 1 untuk orang makan gaji,
Jangan pelik la kalau tak kaya-kaya,
Dah dikata nak kaya buat bisnes sendiri,
Makan gaji kaya...ada la tu, sesuatu yang tak kena.


Terimalah risiko si makan gaji,
Kalau disuruh bos, kena patuh jangan lah bantah,
Rasa-rasa geram tak puas hati,
cari modal ... buatlah bisnes yang gah.


Apa pun kerja , tanggungjawab kenalah ada,
Tanggung di dunia, jawab di akhirat sana,
Ikhlaskan hati, ceriakan minda,
Barulah kerja menjadi sempurna.


Cukuplah sudah seloka pagi,
bersama kita suci kan hati,
Moga Allah murahkan rezqi,
Agar hidup kita sentiasa dirahmati :)

Puluhan kali Nisa'PG check ... tersilapkah? tak perasan kah?
Betul2 mereka sudah unfollow Nisa' PG.
Mereka lah blogger2 hebat pencetus semangat sudah ghaib dari follower Nisa' PG.

Bila ? Tak pasti bila mereka hilang. Sangat sedih .....

3 hari kebelakangan takde entry terbaru dari Nisa'PG  kekangan tugasan menyiapkan beberapa tugasan yang agak berat.

Mungkin disebabkan itulah agak mereka terus UNfollow Nisa'.

Kenapa mengharapkan mereka?
~ mereka antara pencetus semangat berblog.

Follower yang lain juga Nisa' sayang dan hormati...
Follower amat bermakna bagi setiap blogger. Blog bukan lah untuk diri sendiri. Blog antara medium pengerat ukhuwwah dan silaturrahim.

Nak suruh mereka follow semula?
Mereka sentiasa sibuk dengan entry2 menggamit pengunjung....

Mungkin suatu hari mereka akan datang semula mempamerkan wajah2 ceria mereka di daftar FOLLOWer Nisa' PG...






Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

"makan tu !!" 
"Habiskan ini!" 
"Pergi mandi!" 
"Cepat masuk kereta!" 
"Gosok gigi!" 
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!" 
"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam. 
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya. 
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?. 


Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan. 
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan. 
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system. 
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh. 
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu" 
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya. 
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama. 


WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA 

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular. 
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama. 
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih ihsan. 
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya. 
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi. 
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan. 
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak" 

usteru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa.  Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar. 
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh 
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu" 
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?" 
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya. 
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...