Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
BBQ


Jom kita BBQ ramai2...
Best kan...berasap lah tempat tu. Kita bakar udang, ayam, daging , apa lagi? fish ball, sosej...isk! dh terasa kat tekak ni. Makan panas2 pulak tu..hmmm yummy yummy


Sementelah cuti pun baru je bermula.. apa kata kita gathering. Yang jauh kita dekatkan.. yang dekat kita mesra mesrakan. Boleh la kita perpanjangkan silaturrahim. 


Adik-adik boleh relax dan santai bersama team Nisa'. Jangan bimbang... it's FREE my dear. Just bawa kawan-kawan je. Masa ni lah.. adik2 boleh bagi cadangan suka aktiviti apa... kalau yang ada masalah tu, boleh juga kita kongsi bersama.


Kalau nak..boleh cadangkan TEMPAT dan WAKTU yang adik-adik rasa sesuai. Boleh email kami nisapg@gmail.com atau just drop a word kat FB : Nisa' Pasir Gudang.








Nisa' Pasir Gudang memohon jutaan kemaafan dari adik-adik yang telah mendaftar nama, yang telah bertanyakan khabar, yang sedang membuat perancangan untuk menyertai SMART MUSLIM CAMP anjuran Nisa' PG.


Atas masalah teknikal yang tak dapat kami elakkan.. kami terpaksa membatalkan program SMC ini. Insya Allah akan kami usahakan supaya SMC ini akan berjalan juga pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. Maaf ye adik2...


Kita akan bersua jua nanti... LOVE you all



SALAM ADIK-ADIK ....


 Wah! cuti dah mula ni...mesti masing-masing dah rasa excited sangat..kan!


Ramai orang pesan..cuti jangan buat kerja yang sia-sia... Betul tu! Maksudnya kalau cuti jangan sampai bangun solat lambat konon nak qadho tidur semasa hari persekolahan. Jangan pula asyik lepak depan TV sampai tak solat2 atau lambat2 kan solat...konon pulak masa sekolah sibuuuukk la sangat tak sempat pun nak tengok TV. Ada pula yang asyik dengan basikal ukur keliling taman atau kampung melepaskan TENSION !! oh NOOOOO..


Apa ni!!! Asyik JANGAN aje... 
Boleh sebenarnya nak TIDUR tapi.. bangun solat dulu. Having breakfast with your family... tolong ibu kejap.. siram pokok ke... buangkan sampah ke... itu pun antara aktiviti yang kita tak berpeluang nak buat masa sekolah kan.. BEST! Ibu mesti bangga dengan anak dia ni.. hmmm


Bila nak tidur ni....?? kata boleh . Tidur lah sekejap bila masuk tengahari. Sunnah tu.. pahala pun dapat. 


Semua yagn JANGAN di atas tu boleh buat tapi sesuaikan dengan keadaan. Tidak melampaui batas. hati kita pun senang tak dimarah dek ibu. Ibu pun tentu suka dan senang dengan sikap permata hatinya. Lepas tu kalau   minat nak ceburi aktiviti luar pun...rasanya takde lagi halangan. Mesti ibu suka aje nak hantar... nak - nak pula aktiviti yang memberi manfaat contohnya... ha!!!


SMART MUSLIM CAMP


Best ni... Tujuannya nak teliti kan lagi tentang solat. Mendidik agar adik adik lebih menjiwai solat itu. Insya Allah ruh solat akan meresap dalam diri dan adik2 akan tahu amaaaaattt lah bermakna SOLAT itu.


Bukan setakat solat je...kat sini juga adik2 akan di'charge' kan AURA positif. Nak kasi lebih POWER lagi unsur2 baik dalam diri adik2 tu. Antaranya YAKIN DIRI... BERANI.. sebab kita ada anjurkan aktivit laluan berhalangan..seperti ..gambar2 kat bawah ni...




ini baru 3 contoh. Ada lebih kurang 20 laluan halangan yang adik2 kena tempuhi.... memang mencabar dan BEST sangat!! Insya Allah tak boring cuti sekolah kali ni. 

Macam mana??? Best kan! Jom la hubungi Nisa Pasir Gudang melalui
E-mail : nisapg@gmail.com
Tel. : 012-7244792
FB : Nisa' Pasir Gudang

Bermula 24hb - 26hb Disember 2010
Training Centre SAJ, Sg. Layang Masai Johor

Jumpa anda di sana ya !!!!





Forum mendekati jiwa remaja yg suka coupling ni...
nak bercouple..pastikan CiNTa kita yg utama ialah ALLAH


kalau dah si dia memang jodoh kita....tak perlu la nak buang masa, buang top up buang duit untuk terus merayu , mengharap sampai ponteng kelas, ponteng sekolah agama , ponteng solat semata2 nak kejar kan sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu milik kita.


Habiskan masa adik2 dgn semua kerja kerja yang baik2.. kerja2 yang ALLAH janjikan pahala. Dapat pahala nak buat apa? Nak masuk syurga la.... bak kata Upin & Ipin.


Hidup kita mungkin singkat oleh itu ENJOY dengan amal baik. Tentu semua org SAYANG kita apatah lagi si DIA...


Antara peserta BERTUAH yang hadir ke Forum Unik bertemakan CINTA : KETIKA CINTA BERTASBIH 7 NOV yang lalu. Di Hotel Selesa Pasir Gudang, Nisa' PG mengundang Muadz ( penyanyi lagu bertemakan Hadith) bersama ibunya Ibu Lin seorang yang cukup supporting dan penuh dengan naluri keibuan..berkongsi cerita, ilmu dengan peserta.


Jom kita layan gambar2 KCB...


600 peserta memenuhi ruang dewan Hotel Selesa.. mmg sporting semuanya 


Alhamdulillah.. dapat berkumpul bersam berkongsi ilmu. Betul kan sporting? Mmg mereka dahaga kan ilmu


Buktinya mereka ini mmg SPORTING? All out kita org hari tu dgn prog yg cukup unik ni.





Haa... inilah Ibu Lin. Penyampaian dari ibu dari hati tau...so jatuh jua la ke hati. Sanggup mereka tunggu 3 jam untuk terus bersama2 beliau.


Forum ni memang UNIK. Bayangkan panel mendekati peserta hingga ke belakang dewan. Tak sempat la nak  curi masa terlelap. Panel menyoal...pastu panel pun kena soal.....


Antara hadirin yang bertuah hadir bersama berkongsi ilmu.


SAUTUL HAQ... kumpulan nasyid membuka majlis petang yg penuh bahagia itu dgn dendangan zikir dan nasyid yg merdu...

Jutaan TERIMA KASIH kami kepada penaja hadiah cabutan bertuah dari PESONA BATIK kerana sudi menyumbangkan hadiah kepada peserta. Sebanyak 10 pasang kain pasang bercorak batik yang berkualiti telah diterima oleh peserta bertuah.




Juga penyumbag berhati mulia dari PUSTAKA IMAN. Atas sumbangan buku-buku berkisar CINTA untuk panduan adik-adik remaja, 




Antara peserta bertuah yang menerima hadiah dari cabutan bertuah..



Cenderamata dari Nisa' Pasir Gudang kepada Ibu LIn dan Muadz... 



Nisa' Pasir Gudang team.. we are proud to be with all of you.

Jutaan terima kasih jua dari kami kpd Puan Norhayati Bidin yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan program ini. 

Kepada Ummi, Ustazah Fatimah Mastoya...Syukron. Jasa dan budi ummi hanya Allah jua yang mampu membalasnya..

~ En. Hafidz dari SEA EAGLE...
~ Tn. Hj. Suhaimi dengan sumbangan air beliau untuk para peserta... 
~Dr. Mazli 
 ~our ex - schoolmate walaupun jauh dimata tapi sumbangan anda amatlah bermakna kepada peserta2 ini.
~ dan ramai lagi penaja yang tak dapat kami senaraikan di sini. 

Sesungguhnya sumbangan anda yang berhasrat agar adik adik mendapat manfaat dari forum ini... hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Semoga kita semua terus dilimpahi Rahmat dari Nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...