nak bercouple..pastikan CiNTa kita yg utama ialah ALLAH
kalau dah si dia memang jodoh kita....tak perlu la nak buang masa, buang top up buang duit untuk terus merayu , mengharap sampai ponteng kelas, ponteng sekolah agama , ponteng solat semata2 nak kejar kan sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu milik kita.
Habiskan masa adik2 dgn semua kerja kerja yang baik2.. kerja2 yang ALLAH janjikan pahala. Dapat pahala nak buat apa? Nak masuk syurga la.... bak kata Upin & Ipin.
Hidup kita mungkin singkat oleh itu ENJOY dengan amal baik. Tentu semua org SAYANG kita apatah lagi si DIA...
Antara peserta BERTUAH yang hadir ke Forum Unik bertemakan CINTA : KETIKA CINTA BERTASBIH 7 NOV yang lalu. Di Hotel Selesa Pasir Gudang, Nisa' PG mengundang Muadz ( penyanyi lagu bertemakan Hadith) bersama ibunya Ibu Lin seorang yang cukup supporting dan penuh dengan naluri keibuan..berkongsi cerita, ilmu dengan peserta.
Jom kita layan gambar2 KCB...
600 peserta memenuhi ruang dewan Hotel Selesa.. mmg sporting semuanya
Alhamdulillah.. dapat berkumpul bersam berkongsi ilmu. Betul kan sporting? Mmg mereka dahaga kan ilmu
Buktinya mereka ini mmg SPORTING? All out kita org hari tu dgn prog yg cukup unik ni.
Haa... inilah Ibu Lin. Penyampaian dari ibu dari hati tau...so jatuh jua la ke hati. Sanggup mereka tunggu 3 jam untuk terus bersama2 beliau.
Forum ni memang UNIK. Bayangkan panel mendekati peserta hingga ke belakang dewan. Tak sempat la nak curi masa terlelap. Panel menyoal...pastu panel pun kena soal.....
Antara hadirin yang bertuah hadir bersama berkongsi ilmu.
SAUTUL HAQ... kumpulan nasyid membuka majlis petang yg penuh bahagia itu dgn dendangan zikir dan nasyid yg merdu...
Jutaan TERIMA KASIH kami kepada penaja hadiah cabutan bertuah dari PESONA BATIK kerana sudi menyumbangkan hadiah kepada peserta. Sebanyak 10 pasang kain pasang bercorak batik yang berkualiti telah diterima oleh peserta bertuah.
Juga penyumbag berhati mulia dari PUSTAKA IMAN. Atas sumbangan buku-buku berkisar CINTA untuk panduan adik-adik remaja,
Antara peserta bertuah yang menerima hadiah dari cabutan bertuah..
Cenderamata dari Nisa' Pasir Gudang kepada Ibu LIn dan Muadz...
Nisa' Pasir Gudang team.. we are proud to be with all of you.
Jutaan terima kasih jua dari kami kpd Puan Norhayati Bidin yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan program ini.
Kepada Ummi, Ustazah Fatimah Mastoya...Syukron. Jasa dan budi ummi hanya Allah jua yang mampu membalasnya..
~ En. Hafidz dari SEA EAGLE...
~ Tn. Hj. Suhaimi dengan sumbangan air beliau untuk para peserta...
~Dr. Mazli
~our ex - schoolmate walaupun jauh dimata tapi sumbangan anda amatlah bermakna kepada peserta2 ini.
~ dan ramai lagi penaja yang tak dapat kami senaraikan di sini.
Sesungguhnya sumbangan anda yang berhasrat agar adik adik mendapat manfaat dari forum ini... hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Semoga kita semua terus dilimpahi Rahmat dari Nya...
0 comments:
Post a Comment