Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
26hb Disember 2010 BBQ Nisa' Pasir Gudang melabuhkan tirai penutup program Nisa' Pasir Gudang. Alhamdulillah semua program berjalan dengan lancar. Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang tahun ini. Moga segalanya dinilai Allah sebagai amal soleh.  Moga Allah terus berikan kekuatan dan pertolongan untuk kami terus menyebarkan agama suci ini ini dengan apa jua cara.


Santai bersama Nisa' Pasir Gudang @ Taman Scientex.

 
Nisa' PG team bertungkus lumus meyediakan makanan kpd tetamu

Menanti ketibaan para tetamu


Jemputan sabar menanti majlis dimulakan    

Penasihat Nisa' menyampaikan tazkirah sbg pembuka majlis

Enaknya !! Alhamdulillah peserta dapat menjamu selera dengan puas..

Jagung bakar tu dik !! Ambillah berapa pun...hari ni  khusus untuk makan-makan..

Menu utama ; nasi jagung , nasi  putih pun ada.. ayam bakar, otak-otak, udang fuhhhhh!!

Seronok dapat menjamu selera bersama. Tanda TERIMA KASIH Nisa' kepada anda semua atas sokongan..



Terpancar kepuasan dapat menjamu peserta makan. Walau pun letih, masih mampu tersenyum lagi



Antara menu tambahan... yummy yummy!!

Pengenalan Nisa'... bunting disediakan sebagai langkah memperkenalkan Nisa'


Sambil makan..sambil mendengar celoteh dari UPK memberi sedikit info tentang wanita


Cenderahati bagi peseerta yang berjaya menjawab soalan KUIZ tentang NISA'

Sporting !! Ramai adik-adik teruja menjawab soalan Kuiz yang diutarakan oleh team Nisa'

Berapa ye unit-unit Nisa' ?? Ye, Betul ! Ada lima unit dalam Nisa'

Adik ni pun berjaya juga menjawab soalan... 

Moga Nisa' berada di hati mereka... 

Best nye ..dapat bookmark ekslusif dari Nisa'


Kami nak join Nisa' ye....

Alhamdulillah..setelah berakhir perjumpaan santai bersama peserta, we all pulak gathering ... cherish the moment. 

BBQ NISA' melabuhkan tirai dengan penghargaan kepada semua yang pernah terlibat dengan Nisa' secara langsung dan tidak langsung. Bagi adik-adik yang nak tahu aktiviti Nisa' terkini, boleh terus menjadi ahli Nisa'. Daftarkan diri adik-adik dengan memberi maklumat diri melalui email : nisapg@gmail.com atau di shoutbox sebelah kanan blog OK.

Hope to see you again. With lots of LOVE from all of us Nisa' Pasir Gudang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...