Sape lah yang rasa bahagia ketika sakit..
Sakit tu..macam mana pulak boleh jadi bahagia...?
Cuba perhatikan betul2 wajah kawan/saudara kita yang sakit ketika kita menziarahi dia.
Nampak ada sinar bahagia wajah pesakit bila mendapat kunjungan dari pelawat. Mungkin pada ketika itu terasa 'terangkat' kesakitan yang dia tanggung. Jadi kita jangan pandang remeh sesi menziarah sahabat/saudara jika kita dapat tahu mereka dalam kesusahan/kesakitan.
Ala...nanti dia dah baik kita pegi la tengok dia kat rumah dia. Buat apa nak pegi menyemak kat hospital tu. Dah la bau ubat, orang pulak ramai bersesak2...bla bla bla
Dia dah balik rumah?? oooo dah sihat la tu...takpe2 tak lama lagi masuk kerja la tu. Jumpa kat ofis aje. Ntah2 dia nak rehat kat rumah dia tu...
Ayat2 yang dah selalu sangat kita dengar...kan.
Nabi kata :
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempatmu di dalam syurga" (diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a)
Kita juga perlu menjaga adab2 ketika ziarah agar kunjungan kita menjadi kunjungan 'penawar' kepada pesakit ...
1) Jangan duduk terlalu lama kerana boleh menyebabkan jemu kepada si pesakit
2) Zahirkan simpati seolah-olah kita juga merasa sebagaimana ia merasakannya
3) Doakan untuknya seperti dikatakan "Ya Allah, sihatkanlah sahabatku"
4) Nasihatkan supaya bersabar kerana sakit itu mendapat pahala
5) Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepada si pesakit
4 comments:
sakit hanyalah ujian kecil dari Allah.
rasanya pesakit xjemu kot kalo ak yang datang melawat..haha..ayat x tahan...haha
@storyfromme ~ betul3x.. kalau kite tak ngeluh, tp byk berharap pasti ada ganjaran kan..
@ciktim ~ kalau ciktim ade..jam tu juge dah boleh discharge heheh..
mau bankrup hospital tu sbb dh tak perlu doc lagi dh... dR. FA kan pakar huahuahua
Post a Comment