Ahlan wa sahlan....Konnichiwa....

~ hati ku berbunga ketika teratak ini terlihat jejak kaki mu

~ kalau ada yang sakit dimata... sakit di telinga... komen la eh.
boleh le teman perbaiki teratak ini agar lebih GAH lagi

~ segala cadangan dan nasihat amatlah dialu-alukan

~singgah sokmo dan tinggalkan jejak kaki mu itu nanti teman pun nak juge ziarah kome

~terima kasih banyak2 sudi datang...bila free jengah2 teman kat sini lagi
  • 1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. 
~ Mula-mula kejar.. dah dapat sepak... 


 
2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
  Mula-mula gosok..lepas tu pijak....
  
 

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
  Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang. 

 

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS...
  dah pakai, buang.. 

 

5
 ) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
  Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai. 

 

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
  takde..hujan gerimis baru muncul..
 

 

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
  Rosak skit,jual.. ambik kereta baru.. 

 

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
  kejap ade kejap takde.. 

 

9) kawan tu bkn mcm BANK.
  Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. 

 

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye ??? ? 

   Haa..kawan tu mcm 
AWAK LA . .
   bila saya htulis kat blog,
   awak akan blog walking kat sini dan teliti blog saya sampai habis....dan tersenyum2...

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. 
bagi saya, kawan tu penting. 

 

~ Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagainya.. 

 

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. 

 

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa mendu'akan dan menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)
 
 





***PESANAN AL-QAMAH DALAM MENJALINKAN PERSAHABATAN ***


  Nasihat al-Qamah
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat









Marilah kita bersama-sama menjadi sahabat yang baik dan menghargai sahabat yang ada.




Sayang kamu semua  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...