Jumaat penghulu segala hari.
Kata orang kalau selalu dimulut maksudnya dekat dihati . Betul ? Jadi kalau kita kata kita sayangkan baginda Nabi Muhammad... kita takkan nak sebut I LOVE YOU. Kita masih boleh pamerkan rasa kasih dan sayang kita pada baginda dengan perbanyakkan selawat.
Simple sangat kan...sebut beberapa saat tapi keberkatan yang kita dapat 10kali.
Nak kasih dari Allah kita selawat ke atas Nabi.
Hari JUMAAT bagaikan hari raya untuk umat Islam. Apa tidaknya... hari ni kita boleh claim banyak pahala. Kalau lah pahala tu boleh kita tengok jatuh gedebuk gedebuk.... husshhh mesti seronok nk buat baik
Fadhilat hari Jumaat :
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
0 comments:
Post a Comment